Wednesday, May 11, 2016

Dahsyat! 5 Perkara pelik berlaku di pentas ABPBH 29 yang ramai penonton tak perasaan malam tadi. Seronok sangat kot tengok.



#1.) ABPBH2015 Trending seluruh dunia

#2.) Sharnaaz tidak dapat hadir kerana mengacara Gempak Superstar walaupon menang 2 trofi
#3.) Reaksi mengejutkan Zizan apabila Emma Maembong menang trofi
#4.) Gandingan Nana & Ziana Zain kurang menjadi
#5.) Pemenang anugerah bintang popular Neelofa hanya dirai dengan sederhana


#DARI kiri, Pelakon, Erra Fazira Neelofa dan Didie Alias pada malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

#PUTRAJAYA: Lensa fesyen sekali lagi tertumpu kepada segmen karpet merah Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) di sini, malam tadi apabila artis melaram mengikut tema 'Black Tie dan Glam'.

#Berlangsung meriah, artis menerapkan unsur tema #RESPEK dalam busana digayakan.

#Rata-rata artis memilih rona terang dan berani seperti Awie, Idris Khan, Abam Bocey, Sufi, Faizal AF dan Khai. Tidak ketinggalan melaram dua hos ABPBH 29 iaitu Zizan Razak dan AG.


#Pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 29, Neelofa yang sinonim dengan busana rekaan Fizi Woo, mempunyai tafsiran sendiri terhadap persalinan digayakan.

#"Persalinan saya ini seperti jubah tetapi pada bahagian dalam direka baju dan seluar.

#"Jadi tafsiran tema #RESPEK lebih kepada fesyen muslimah yang semakin berkembang ketika ini. Warna yang tidak terlalu daring dan garang bagi saya menunjukkan aspek kebersihan yang diutamakan semua wanita," katanya.

#Seorang lagi artis yang mencuri tumpuan adalah Ziana Zain yang tampil dengan persalinan rekaan Rizman Ruzaini.

#Menjelaskan busana itu, Rizman memberitahu:

#"Ziana boleh dianggap sebagai penyanyi yang masih utuh dan dihormati. Tidak sarat perincian, gaya polos ini memberi justifikasi kepada kembara seni Ziana yang lancar tanpa kontroversi," katanya.

#Sementara itu, finalis kategori Artis Baharu Wanita Popular, Falisha Crossley memilih motif Pua Kumbu yang cukup ikonik di negeri kelahirannya, Sarawak.

#"Rekaan baju dan solekan adalah dari teman senegeri. Busana saya dicipta Lentera Astana. Busana ini melambangkan rasa hormat dan sayang kepada Sarawak," katanya.

#Sementara itu, Siti Saleha menggayakan rekaan gaun merah jambu daripada Elliestone.KL

#"Warna merah jambu sinonim dengan wanita. Jadi, saya lihat mengangkat wanita kepada tahap lain. Rekaannya tak sarat dan saya tidak mahu keterlaluan kali ini," katanya.

#Sumber: Berita Harian


#REAKSI Farah Fauzana dan Neelofa ketika melalui karpet merah Anugerah Bintang Popular BH 29 di PICC,Putrajaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

0 comments :

Post a Comment