#SERING digosipkan dengan artis wanita, kini Zizan Razak dikaitkan pula dengan Ummi Nazeera lantas pelakon ini tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi di antara mereka.
#“Saya dengan Ummi bergelar tunang.. hanya dalam Angin Cinta dan tidak lebih daripada itu. Itu sahaja.
#“Masa mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok. Mungkin kerana tidak biasa.
#“Kami berusaha mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, tetapi timbul pula gosip-gosip seperti itu. Saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini.
#“Pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke hingga boleh timbul gosip-gosip seperti ini? Salahkah saya berkawan dengan artis wanita?” kata Zizan kepada Mangga Online.
#Selain Ummi, sebelum ini Zizan pernah menjadi perhatian berikutan kisah cintanya dengan Juliana Evans dan Emma Maembong.
#Tambahnya, dia tidak kisah dengan gosip berkenaan namun kadang-kala ada gosip yang membuatkan namanya tercalar.
0 comments :
Post a Comment