Saturday, May 14, 2016

Sayu..."Air Mata Syamsul Yusof Akhirnya jatuh jua"..Ya Allah Sedihnya..Apa yang Sebenarnya Berlaku Benar2 Menyentuh Jiwa..



#Sayu..."Air Mata Syamsul Yusof"..Ya Allah Sedihnya..Apa yg Sebenarnya Berlaku Benar2 Menyentuh Jiwa..

#islamisfirstclass dan #penghijrahanfenomena merupakan kempen terbaharu yang dimainkan oleh stesen TV Islamik pertama Malaysia, TV ALHIJRAH dalam mengangkat kembali martabat dan kesucian agama Islam serta membawa penonton mengimbau kisah-kisah manis dan penuh inspirasi Muslim yang telah kembali kepada fitrah.#

#Pengarah Muda, Syamsul Yusof dalam kesempatannya ditemubual dalam Program Bual Bicara Persepsi semalam menyatakan, kempen besar dan bermakna seperti ini seharusnya sudah lama diketengahkan oleh para pemain media, kerana sebenarnya Islam harus dilihat dari kaca mata atau skop yang lebih luas bukan sahaja kepada umat Islam malah kempen ini juga perlu menjangkaui golongan bukan Islam.#

#Mengakui penghijrahan beliau bukanlah berasaskan ‘trend’ semasa artis, namun penghijrahan yang dilakukan oleh beliau adalah dari hati nurani sendiri, serta ikhlas kerana Allah SWT dan ingin kembali menjadi umat nabi Muhammad SAW yang sejati.#

#Walaupun demikian, beliau juga sentiasa bermuhasabah dan sentiasa mengamalkan sifat ‘masih tidak cukup’ dalam mengejar ilmu dan amal selagi dikurniakan nafas oleh sang Pencipta.#

#Syamsul juga berpendapat, hidayah yang dianugerahkan oleh Allah SWT harus dipelihara dan jangan mudah merasa selesa kerana iblis sentiasa menganggu dan bersedia untuk menyesatkan anak Adam melalui bisikannya.#

#Bercakap soal keikhlasan dalam beribadat, beliau berpesan agar umat Islam haruslah sentiasa berwaspada dengan ‘penyakit hati’ kerana dalam Al Quran ada dinyatakan tentang orang-orang yang melakukan syirik namun dalam masa yang sama melakukan ketaatan.#

#Menjawab pertanyaan moderator berkaitan detik sebenar saat-saat penghijrahan beliau, Syamsul menyatakan ramai yang beranggapan beliau berhijrah tatkala berlaku kebocoran filem KL Gangster 2 sebelum ditayangkan di pawagam, namun baginya peristiwa itu merupakan salah satu dari pelbagai peristiwa yang dipanggil sebagai ujian menerjah serentak dalam hidupnya.#

#Dihujani ujian yang bertimpa-timpa, membuatkan beliau kembali berfikir, banyak bertanya dengan Tuhan dan akhirnya membawa diri mencari sebuah ketenangan dengan mendekatkan diri bersama golongan ulamak serta belajar untuk menghayati juga mengenal ayat-ayat Al Quran.#

#Apabila ditanya lagi apakah dengan penghasilan filem Munafik ini melengkapkan pencarian beliau menuju Tuhan, beliau sebak lantas mengalirkan air mata tanpa berselindung dan menyatakan Hidayah merupakah rahsia dan hanya kekal milik Allah SWT.#

#Tidak lengkap kiranya berbicara bersama pengarah muda ini tanpa menyentuh serba sedikit tentang filem dan kerjaya beliau.#

#Selepas menerima kutipan pecah panggung dari filem Munafik, beliau menganggap ini kejayaan semua pihak dan hasil dari garapan kematangan idea yang beliau peroleh setelah menggali ilmu Allah SWT .#

#beliau juga bersyukur hasil pemahaman yang menyeluruh tentang konsep Islam yang sebenar, sekaligus mampu mengelakkan filem islamik yang dihasilkan beliau bersifat kosmetik semata-mata.#

#Di akhir temubual, Syamsul dengan tegas menyatakan Islam tidak menghadkan kreativiti untuk memajukan seni, malah Islam itu mudah sebenarnya. #

#Para pengkarya seharusnya perlu lebih memahami dan diberi pendedahan yang lebih meluas kerana penonton hari ini mencari kelainan dalam medium seni terutama yang bersifat patuh syariah. – #

0 comments :

Post a Comment