Tuesday, May 10, 2016

Pihak Bomba Dedah Punca Sebenar Helikopter Eucopter AS350 Terhempas



1

#Pihak Bomba Dedah Punca Sebenar Helikopter Eucopter AS350 Terhempas | Seorang penduduk yang menduduki di sebuah rumah panjang di Kampung Seduku, Sri Aman mendakwa dia melihat sebuah daripada empat helikopter yang melalui kampungnya dipanah petir pada hari Khamis yang lalu.
#Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang hari Khamis lalu, Mona Lipek memberitahu dirinya sedang berehat di beranda rumahnya apabila melihat empat helikopter melintasi kawasan perkampungan mereka menuju ke arah Sebuyau.
#Dia melihat helikopter keempat yang berada di belakang sekali dipanah petir secara tiba-tiba yang membuatkan helikopter jenis Eurocopter AS350 kelihatan tidak stabil.
#“Disebabkan takut, saya terus masuk ke dalam rumah kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku. Pada masa sama, cuaca yang ketika itu hujan bertukar menjadi ribut dan angin kencang menyebabkan bunyi helikopter itu tidak kedengaran lagi,” ujarnya.
#Seorang lagi penduduk, Gelang Kadir mendakwa beberapa pokok kelapa bergoyang manakala rumahnya terasa bergegar apabila sebuah helikopter terbang rendah melintasi perkampungan mereka sekitar jam 4.30 petang pada hari kejadian helikopter membawa rombongan kenamaan itu dilaporkan terhempas.
#“Saya sedang memasak apabila terasa rumah bergegar dan bumbung pula seperti mahu tercabut. Apabila memandang ke luar tingkap, saya nampak sebuah helikopter terbang begitu rendah seakan-akan mahu melakukan pendaratan cemas,” katanya.

0 comments :

Post a Comment